Kisah Nabi Idris A.S
Tidak banyak keterangan yang didpti tentang kisah Nabi Idris
di dalam Al-Quran mahupun dalam kitab-kitab Tafsir dan kitab-kitab sejarah
nabi-nabi.Di dalam Al-Quran hanya terdpt dua ayat tentang Nabi Idris iaitu
dalam surah Maryam ayat 56 dan 57:
"Dan ceritakanlah { hai Muhammad kepada mereka , kisah
} Idris yang terdpt tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang
yang sgt membenarkan dan seorang nabi. 57 - Dan Kami telah mengangkatnya ke
martabat yang tinggi." { Maryam : 56 - 57 }
Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam putera
dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah
keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith
.Nabi Idris menurut sementara riwayat bermukim di Mesir di
mana ia berdakwah untuk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah
Allah serta membeeri beberapa pendoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar
menyelamat diri darii seksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di
dunia. Ia hidup sampai usia 82 tahun.